Wednesday, June 24, 2015

ISU BERKAITAN TEKNOLOGI DAN INOVASI (5 CADANGAN BAGI MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DI KALANGAN KAKITANGAN PPUKM)

Teknologi dan Inovasi adalah merupakan gabungan di antara peralatan moden dan canggih serta penjanaan idea–idea baru yang lebih bermanfaat. Inovasi merupakan tunjang utama dalam penambahbaikan mutu kerja dan perkhidmatan di kalangan kakitangan PPUKM. Setiap kakitangan PPUKM haruslah sentiasa mencari inovasi baru untuk menambahbaik mutu kerja. Sesetengah inovasi tidak memerlukan “high tech” untuk menghasilkan sesuatu yang baru tetapi boleh dizahirkan melalui daya kreativiti dan imaginasi yang hebat untuk menghasilkan sesuatu yang hebat juga. Oleh itu, pada pandangan saya kakitangan PPUKM pada masa kini menghadapi masa depan yang mencabar dan penuh dengan peluang-peluang baru yang boleh dikembangkan.

Dengan itu, di sini saya sediakan 5 cadangan bagi meningkatkan tahap kemahiran Teknologi dan Inovasi di kalangan kakitangan PPUKM, iaitu:

      1.   Mempromosi serta berkongsi setiap inovasi yang dihasilkan.
   2. Mengadakan pertandingan reka cipta/ inovasi di antara jabatan dan memberi    pengiktirafan atau hadiah kepada jabatan yang berjaya menghasilkan inovasi yang   paling kreatif.     
     3.  Menentukan dasar dan strategi bagi menggalakkan serta meningkatkan idea kreatif  di kalangan kakitangan.
  4. Memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai kepentingan dan rasional  meningkatkan budaya inovasi.
     5.  Mengadakan seminar atau kursus jangka masa pendek kepada kakitangan mengenai     teknologi dan inovasi.

THE MAKING OF INTRAVENOUS CANULLATION BY CATTLEYA'S GROUP

VIDEO DARI KUMPULAN CATTLEYA

Selamat Menonton…



INOVASI CIPTAAN MOMMYAIRIS



KOTAK SERBAGUNA


Kegunaan:
        Sebagai tempat simpanan barang peribadi seperti barang kemas, aksesori, alatan solek, bil dan surat.
        Sebagai kotak hadiah dan hantaran.
        Sebagai perhiasan, contohnya boleh diletakkan gubahan bunga.


Bahan-bahan Yang Diperlukan:

        Kotak terpakai

        Gunting

        Gam

        Shelex

        Berus cat


 Kedah Pembuatan:

1. Lukis corak yang dikehendaki











        
         2. Gunting mengikut corak yang dilukis.








          
        3. Lapisan pertama pada bahagian atas kotak dibuang.


         4. Cantumkan setiap bahagian yang dipotong.



         5. Setelah kotak siap dibentuk, sapukan syelek.




        6. Jemur sehingga kering.



Selamat mencuba…













10 VIDEO YOUTUBE TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PERUBATAN




1. Walking Frame - Duet Rollator Transport Chair



2. Wheelchair  Lifts

                                         


3. Elite Operating Theatre Light



4. Automatic Operating Table

                                         


5. GMate Smart Blood Glucose Monitoring System - Iphone & Android Glucometer





6. Wifi Body Scale
   


7.  Robotic Surgery

 


8. Blood Taking


 



1.  Transtibial Prosthetic System




10. Total Lift Bed






10 FOTO TEKNOLOGI & INOVASI

1.  MESIN WUDU' AUTOMATIK


Mesin wudu' automatik ini direka bagi memudahkan seseorang pesakit untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model ini direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang sama ada di hospital atau di rumah. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria yang bersesuaian dengan pesakit yang mempunyai antibodi yang rendah yang mana mudah dijangkiti oleh sesuatu kuman atau virus.


2.  KAPSUL ENDOSKOPI 




Kapsul ini merupakan alat yang digunakan untuk merakam gambar pada saluran pencernaan dalam perubatan. Kapsul ini berbentuk pil yang mengandungi sebuah kamera kecil. Setelah pesakit menelan kapsul ini, maka kamera yang terdapat dalam pil tersebut akan merakam gambar dalam system pencernaan pesakit. Penggunaan pil ini adalah untuk mengetahui keadaan usus kecil yang tidak dapat dilihat oleh mesin endoskopi lain seperti kolonoskopi. Ianya digunakan untuk mencari punca perdarahan dan sakit perut.


3.  DIY PAP SMEAR 

 

Alat ini digunakan untuk melakukan ujian pap smear. Ia ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan mudah untuk dikendalikan bagi memastikan penggunaan yang konsisten. Alat ini boleh digunakan sendiri. Ianya disediakan dengan 6 ‘cap’ yang cukup untuk tempoh 3 tahun ujian bagi setiap 6 bulan sekali.



4.  UBOX


UBox” merupakan sejenis kotak yang berperanan untuk menyimpan ubat-ubatan serta berupaya memberi peringatan tentang pengambilan ubat pada waktu yang tepat serta boleh dihubungkan melalui Bluetooth ke telefon pintar. Apabila tiba masa untuk mengambil ubat, “uBox” akan mengeluarkan bunyi ‘beep’, menyalakan lampu dan memberi isyarat kepada telefon pintar serta membuka bahagian ubat yang perlu diambil pada waktu tersebut. Ia bukan sahaja memberi peringatan bagi pengambilan ubat malahan menyimpan rekod di dalam telefon pintar.



5.  ROBOT PENCUCI RAMBUT



Alat ini amat sesuai digunakan di wad-wad orang tua, wad neurosurgery dan juga rumah-rumah orang tua di mana pesakit yang hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu membersihkan rambut dengan sendiri. Fungsi robot ini adalah untuk membersihkan rambut dengan sendirinya. Pesakit hanya perlu berbaring di atas kerusi tersebut. Alat ini amat sesuai dalam membantu jururawat dalam menjimatkan tenaga dan masa. Ia juga memberi kelebihan kepada pesakit supaya kebersihan rambut pesakit sentiasa dalam keadaan bersih.



6.  ALAT PEMANTAU PARAS GLUKOSA DALAM DARAH TANPA WAYAR


Alat ini boleh disambungkan kepada alat yang mempunyai Bluetooth seperti telefon pintar. Alat ini berfungsi untuk memantau, mengesan dan berkongsi paras gula dalam darah dengan menggunakan android tablet dan juga telefon pintar. Alat ini hanya memerlukan 0.7ml darah untuk dititiskan ke atas stripnya. Kemudian selepas 5 saat bacaan akan keluar. Alat ini juga mempunyai fungsi istimewa yang lain seperti dapat mengesan kualiti dan tarikh luput strip yang digunakan. Ia juga memberi peringatan kepada pesakit untuk mengambil ubat pada waktu yang telah ditetapkan. Aplikasi gluco smart percuma boleh dimuat turun dari Apple Apps Store dan google play store.


7. NICADEX DEVICE



Nicadex adalah satu alat tangan yang menghantar nikotin yang telah ditulenkan melalui pengewapan larutan nikotin secara farmaseutikal kepada pengguna. Sensasi menggunakan peranti Nicadex adalah sama dengan merokok rokok tembakau, tetapi wap yang dihasilkan tidak mempunyai  asap dan tiada bahan-bahan yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, tar dan beribu-ribu toksik yang boleh dihasilkan daripada asap rokok tembakau biasa. Kuasa bateri litium yang boleh dicas akan menukarkan larutan nikotin kepada wap dan wap tersebut akan disedut oelh pengguna.



8.  ALAT SENAMAN SIX PACK DENGAN PENGAYUH (BIKE PADDLE)


Alat senaman ini bertujuan untuk memudahkan mereka yang gemar ke GYM tetapi tidak mempunyai masa untuk ke GYM. Memiliki alat senaman ini di rumah seperti memiliki pusat GYM sendiri di rumah kerana semua anggota badan boleh di “work out” dengan menggunakan alat senaman ini. Ia amat bersesuaian untuk mereka yang amat mementingkan kesihatan diri melalui senaman. 



9.   ADJUSTABLE WHEEL CHAIR

               
Adjustable Wheel Chair adalah untuk memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la mempunyai ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat lain. Kerusi roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg. Kerusi roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar dan alas kaki. Ia juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit.Kebaikan inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti harian. Alat ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit yang kurang upaya dan warga tua.


10. AUTOMATIC RETRACTABLE CLOTH DRYING      STAND 

                      




Penggunaan peralatan ini akan dapat mengelakkan pakaian yang telah dicuci menjadi basah kerana mempunyai keupayaan untuk berlipat dan melindungi (shade) pakaian yang digantung bila hujan. Sensor yang ada pada peralatan ini dapat mengesan hujan dan scissor hanger akan menarik ke dalam secara automatik ke bahagian yang dilindungi (shaded part). Langsir penggelek (roller curtain) akan dibuka dan diperluaskan (extended) secara automatik untuk menutup bahagian hadapan bagi tujuan melindungi pakaian yang digantung daripada hujan. Peralatan  ini sesuai digunakan di hospital-hospital yang perlu mencuci lapik pesakit (mackintosh)


Monday, June 22, 2015

PROFILE MommyAiris

Hai...saya MommyAiris. Pertama kali menjinakkan diri menjadi blogger, hmmmm...satu pengalaman yang baru dan agak menyeronokkan juga. Di sini MommyAiris kongsikan serba sedikit mengenai info teknologi dan inovasi serta inovasi ciptaan MommyAiris...

PROFILE MommyAiris


Nama: Rohaizah binti Harun
No Matrik: A143765
Program: Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan Separuh Masa
Semester: Sem 2
Sesi: 2014/2015
Tutorial: GGGE2123 Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan
Pengajar: Mejar Mohd Jasmy bin Abd Aziz
E-mail: MummyAiris82@gmail.com
Facebook: Mommy Airis
No. Telefon: 014-9221063