Thursday, June 25, 2015
Wednesday, June 24, 2015
ISU BERKAITAN TEKNOLOGI DAN INOVASI (5 CADANGAN BAGI MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DI KALANGAN KAKITANGAN PPUKM)
Teknologi
dan Inovasi adalah merupakan gabungan di antara peralatan moden dan canggih
serta penjanaan idea–idea baru yang lebih bermanfaat. Inovasi merupakan tunjang
utama dalam penambahbaikan mutu kerja dan perkhidmatan di kalangan kakitangan
PPUKM. Setiap kakitangan PPUKM haruslah sentiasa mencari inovasi baru untuk
menambahbaik mutu kerja. Sesetengah inovasi tidak memerlukan “high tech” untuk
menghasilkan sesuatu yang baru tetapi boleh dizahirkan melalui daya kreativiti
dan imaginasi yang hebat untuk menghasilkan sesuatu yang hebat juga. Oleh itu,
pada pandangan saya kakitangan PPUKM pada masa kini menghadapi masa depan yang
mencabar dan penuh dengan peluang-peluang baru yang boleh dikembangkan.
Dengan
itu, di sini saya sediakan 5 cadangan bagi meningkatkan tahap kemahiran
Teknologi dan Inovasi di kalangan kakitangan PPUKM, iaitu:
1. Mempromosi serta berkongsi setiap
inovasi yang dihasilkan.
2. Mengadakan pertandingan reka cipta/
inovasi di antara jabatan dan memberi pengiktirafan atau hadiah kepada jabatan
yang berjaya menghasilkan inovasi yang paling kreatif.
3. Menentukan dasar dan strategi bagi
menggalakkan serta meningkatkan idea kreatif di kalangan kakitangan.
4. Memberi pendedahan kepada kakitangan
mengenai kepentingan dan rasional meningkatkan budaya inovasi.
5. Mengadakan seminar atau kursus jangka
masa pendek kepada kakitangan mengenai teknologi dan inovasi.
THE MAKING OF INTRAVENOUS CANULLATION BY CATTLEYA'S GROUP
VIDEO
DARI KUMPULAN CATTLEYA
Selamat Menonton…
INOVASI CIPTAAN MOMMYAIRIS
KOTAK SERBAGUNA
Kegunaan:
• Sebagai tempat simpanan barang peribadi seperti barang kemas, aksesori, alatan solek, bil dan surat.
• Sebagai kotak hadiah dan hantaran.
• Sebagai perhiasan, contohnya boleh diletakkan gubahan bunga.
Bahan-bahan Yang
Diperlukan:
•
Kotak terpakai
•
Gunting
•
Gam
•
Shelex
•
Berus cat
Kedah Pembuatan:
1. Lukis corak yang dikehendaki

2. Gunting mengikut corak yang
dilukis.

3. Lapisan pertama pada
bahagian atas kotak dibuang.
4. Cantumkan setiap bahagian
yang dipotong.
6. Jemur sehingga kering.
Selamat mencuba…
10 VIDEO YOUTUBE TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PERUBATAN
1. Walking Frame - Duet Rollator Transport Chair
2. Wheelchair Lifts
3. Elite Operating Theatre Light
4. Automatic Operating Table
5. GMate Smart Blood Glucose Monitoring System - Iphone &
Android Glucometer
6. Wifi Body Scale
7. Robotic Surgery
8. Blood Taking
1. Transtibial Prosthetic System
10. Total Lift Bed
10 FOTO TEKNOLOGI & INOVASI
1. MESIN WUDU'
AUTOMATIK
Mesin wudu' automatik ini direka bagi memudahkan seseorang pesakit
untuk mengambil wudu’. Teknologi ini direka dengan dua jenis model. Model ini
direka dengan dua singki iaitu singki atas dan singki bawah. Singki atas
digunakan untuk membasuh muka, tangan, sebahagian kepala dan telinga manakala
singki bawah digunakan untuk membasuh kaki. Kelebihan rekaan ini adalah jimat
dan mudah kerana kosnya tidak terlalu tinggi dan ia mudah untuk dipasang sama
ada di hospital atau di rumah. Pembaziran air juga tidak berlaku kerana rekaan
ini menggunakan teknologi ‘auto- sensor’. Rekaan ini dibuat dari bahan plastik
yang disalut dengan bahan anti-fungal dan anti-bakteria yang bersesuaian dengan
pesakit yang mempunyai antibodi yang rendah yang mana mudah dijangkiti oleh
sesuatu kuman atau virus.
2. KAPSUL ENDOSKOPI
Kapsul ini merupakan alat yang digunakan untuk merakam gambar pada
saluran pencernaan dalam perubatan. Kapsul ini berbentuk pil yang mengandungi
sebuah kamera kecil. Setelah pesakit menelan kapsul ini, maka kamera yang
terdapat dalam pil tersebut akan merakam gambar dalam system pencernaan
pesakit. Penggunaan pil ini adalah untuk mengetahui keadaan usus kecil yang
tidak dapat dilihat oleh mesin endoskopi lain seperti kolonoskopi. Ianya
digunakan untuk mencari punca perdarahan dan sakit perut.
3. DIY PAP SMEAR
Alat ini digunakan untuk
melakukan ujian pap smear. Ia ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan mudah
untuk dikendalikan bagi memastikan penggunaan yang konsisten. Alat ini boleh
digunakan sendiri. Ianya disediakan dengan 6 ‘cap’ yang cukup untuk tempoh 3
tahun ujian bagi setiap 6 bulan sekali.
4. UBOX
UBox” merupakan sejenis kotak
yang berperanan untuk menyimpan ubat-ubatan serta berupaya memberi peringatan
tentang pengambilan ubat pada waktu yang tepat serta boleh dihubungkan melalui
Bluetooth ke telefon pintar. Apabila tiba masa untuk mengambil ubat, “uBox”
akan mengeluarkan bunyi ‘beep’, menyalakan lampu dan memberi isyarat kepada
telefon pintar serta membuka bahagian ubat yang perlu diambil pada waktu
tersebut. Ia bukan sahaja memberi peringatan bagi pengambilan ubat malahan
menyimpan rekod di dalam telefon pintar.
5. ROBOT
PENCUCI RAMBUT
Alat ini
amat sesuai digunakan di wad-wad orang tua, wad neurosurgery dan juga rumah-rumah
orang tua di mana pesakit yang hanya terlantar di atas katil dan tidak mampu
membersihkan rambut dengan sendiri. Fungsi robot ini adalah untuk membersihkan
rambut dengan sendirinya. Pesakit hanya perlu berbaring di atas kerusi
tersebut. Alat ini amat sesuai dalam membantu jururawat dalam menjimatkan tenaga
dan masa. Ia juga memberi kelebihan kepada pesakit supaya kebersihan rambut
pesakit sentiasa dalam keadaan bersih.
6. ALAT PEMANTAU PARAS GLUKOSA DALAM DARAH TANPA
WAYAR
Alat ini
boleh disambungkan kepada alat yang mempunyai Bluetooth seperti telefon pintar.
Alat ini berfungsi untuk memantau, mengesan dan berkongsi paras gula dalam
darah dengan menggunakan android tablet dan juga telefon pintar. Alat ini hanya
memerlukan 0.7ml darah untuk dititiskan ke atas stripnya. Kemudian selepas 5
saat bacaan akan keluar. Alat ini juga mempunyai fungsi istimewa yang lain
seperti dapat mengesan kualiti dan tarikh luput strip yang digunakan. Ia juga
memberi peringatan kepada pesakit untuk mengambil ubat pada waktu yang telah
ditetapkan. Aplikasi gluco smart percuma boleh dimuat turun dari Apple Apps
Store dan google play store.
7. NICADEX DEVICE
Nicadex
adalah satu alat tangan yang menghantar nikotin yang telah ditulenkan melalui
pengewapan larutan nikotin secara farmaseutikal kepada pengguna. Sensasi
menggunakan peranti Nicadex adalah sama dengan merokok rokok tembakau, tetapi wap yang dihasilkan tidak mempunyai asap dan tiada bahan-bahan yang boleh
menjejaskan kesihatan seperti karbon monoksida, tar dan beribu-ribu toksik yang
boleh dihasilkan daripada asap rokok tembakau biasa. Kuasa bateri litium yang
boleh dicas akan menukarkan larutan nikotin kepada wap dan wap tersebut akan
disedut oelh pengguna.
8. ALAT SENAMAN SIX PACK DENGAN PENGAYUH (BIKE PADDLE)
Alat
senaman ini bertujuan untuk memudahkan mereka yang gemar ke GYM tetapi tidak
mempunyai masa untuk ke GYM. Memiliki alat senaman ini di rumah seperti
memiliki pusat GYM sendiri di rumah kerana semua anggota badan boleh di “work
out” dengan menggunakan alat senaman ini. Ia amat bersesuaian untuk mereka yang amat mementingkan kesihatan diri melalui senaman.
9. ADJUSTABLE WHEEL CHAIR
Adjustable Wheel Chair adalah
untuk memudahkan pesakit yang kurang upaya untuk bergerak dengan mudah. la
mempunyai ciri seperti boleh berubah dari kerusi menjadi katil supaya pesakit
tidak perlu bergerak terlalu banyak ketika ingin tidur atau bergerak ke tempat
lain. Kerusi roda ini juga mampu menampung berat badan pesakit sehingga 150kg. Kerusi
roda ini boleh dilipat dan disimpan, boleh diubahsuai menjadi katil, penyandar
dan alas kaki. Ia juga boleh dilaraskan mengikut keselesaan pesakit.Kebaikan
inovasi ini ialah lebih fleksibel dan banyak membantu pesakit dalam aktiviti
harian. Alat ini sangat berpotensi untuk dipasarkan kerana sesuai untuk pesakit
yang kurang upaya dan warga tua.
Penggunaan peralatan ini akan dapat mengelakkan pakaian yang telah
dicuci menjadi basah kerana mempunyai keupayaan untuk berlipat dan melindungi
(shade) pakaian yang digantung bila hujan. Sensor yang ada pada peralatan ini
dapat mengesan hujan dan scissor hanger akan menarik ke dalam secara automatik
ke bahagian yang dilindungi (shaded part). Langsir penggelek (roller curtain)
akan dibuka dan diperluaskan (extended) secara automatik untuk menutup bahagian
hadapan bagi tujuan melindungi pakaian yang digantung daripada hujan. Peralatan
ini sesuai digunakan di hospital-hospital yang perlu mencuci lapik
pesakit (mackintosh)
Monday, June 22, 2015
PROFILE MommyAiris
Hai...saya MommyAiris. Pertama kali menjinakkan diri menjadi
blogger, hmmmm...satu pengalaman yang baru dan agak menyeronokkan juga. Di sini
MommyAiris kongsikan serba sedikit mengenai info teknologi dan inovasi serta
inovasi ciptaan MommyAiris...
PROFILE MommyAiris
Nama: Rohaizah binti Harun
No Matrik: A143765
Program: Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan
Separuh Masa
Semester: Sem 2
Sesi: 2014/2015
Tutorial: GGGE2123 Teknologi & Inovasi
Dalam Pendidikan
Pengajar: Mejar Mohd Jasmy bin
Abd Aziz
E-mail: MummyAiris82@gmail.com
Facebook: Mommy Airis
No. Telefon: 014-9221063
Subscribe to:
Posts (Atom)



















