Teknologi
dan Inovasi adalah merupakan gabungan di antara peralatan moden dan canggih
serta penjanaan idea–idea baru yang lebih bermanfaat. Inovasi merupakan tunjang
utama dalam penambahbaikan mutu kerja dan perkhidmatan di kalangan kakitangan
PPUKM. Setiap kakitangan PPUKM haruslah sentiasa mencari inovasi baru untuk
menambahbaik mutu kerja. Sesetengah inovasi tidak memerlukan “high tech” untuk
menghasilkan sesuatu yang baru tetapi boleh dizahirkan melalui daya kreativiti
dan imaginasi yang hebat untuk menghasilkan sesuatu yang hebat juga. Oleh itu,
pada pandangan saya kakitangan PPUKM pada masa kini menghadapi masa depan yang
mencabar dan penuh dengan peluang-peluang baru yang boleh dikembangkan.
Dengan
itu, di sini saya sediakan 5 cadangan bagi meningkatkan tahap kemahiran
Teknologi dan Inovasi di kalangan kakitangan PPUKM, iaitu:
1. Mempromosi serta berkongsi setiap
inovasi yang dihasilkan.
2. Mengadakan pertandingan reka cipta/
inovasi di antara jabatan dan memberi pengiktirafan atau hadiah kepada jabatan
yang berjaya menghasilkan inovasi yang paling kreatif.
3. Menentukan dasar dan strategi bagi
menggalakkan serta meningkatkan idea kreatif di kalangan kakitangan.
4. Memberi pendedahan kepada kakitangan
mengenai kepentingan dan rasional meningkatkan budaya inovasi.
5. Mengadakan seminar atau kursus jangka
masa pendek kepada kakitangan mengenai teknologi dan inovasi.
Setiap kakitangan perlu ada inovatif dalam diri sendiri supaya dapat menyumbangkan idea dan inovasi yang kreatif untuk memberi penambahbaikan dalam perkhidmatan.
ReplyDeletesaya setuju dengan pendapat di atas kerana pada zaman yang serba canggih ni semua orang perlu membangunkan pemikiran sendiri agar tidak ketinggalan.
ReplyDeleteWell said sis.. Semua dihujung jari...kita cari sumber dari luar untuk diaplikasikan di tempat kerja kita..baru ada budaya saing dan motivasi
ReplyDeletebleh sy tahu teknologi apekah yg dimaksudkan dan contoh reka cipta?
ReplyDeleteSalam. Saya juga bersetuju dengan pendapat yang diberikan. Setiap orang haruslah mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan diri agar tidak ketinggalan.
ReplyDelete