Wednesday, June 24, 2015

ISU BERKAITAN TEKNOLOGI DAN INOVASI (5 CADANGAN BAGI MENINGKATKAN TAHAP KEMAHIRAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DI KALANGAN KAKITANGAN PPUKM)

Teknologi dan Inovasi adalah merupakan gabungan di antara peralatan moden dan canggih serta penjanaan idea–idea baru yang lebih bermanfaat. Inovasi merupakan tunjang utama dalam penambahbaikan mutu kerja dan perkhidmatan di kalangan kakitangan PPUKM. Setiap kakitangan PPUKM haruslah sentiasa mencari inovasi baru untuk menambahbaik mutu kerja. Sesetengah inovasi tidak memerlukan “high tech” untuk menghasilkan sesuatu yang baru tetapi boleh dizahirkan melalui daya kreativiti dan imaginasi yang hebat untuk menghasilkan sesuatu yang hebat juga. Oleh itu, pada pandangan saya kakitangan PPUKM pada masa kini menghadapi masa depan yang mencabar dan penuh dengan peluang-peluang baru yang boleh dikembangkan.

Dengan itu, di sini saya sediakan 5 cadangan bagi meningkatkan tahap kemahiran Teknologi dan Inovasi di kalangan kakitangan PPUKM, iaitu:

      1.   Mempromosi serta berkongsi setiap inovasi yang dihasilkan.
   2. Mengadakan pertandingan reka cipta/ inovasi di antara jabatan dan memberi    pengiktirafan atau hadiah kepada jabatan yang berjaya menghasilkan inovasi yang   paling kreatif.     
     3.  Menentukan dasar dan strategi bagi menggalakkan serta meningkatkan idea kreatif  di kalangan kakitangan.
  4. Memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai kepentingan dan rasional  meningkatkan budaya inovasi.
     5.  Mengadakan seminar atau kursus jangka masa pendek kepada kakitangan mengenai     teknologi dan inovasi.

5 comments:

  1. Setiap kakitangan perlu ada inovatif dalam diri sendiri supaya dapat menyumbangkan idea dan inovasi yang kreatif untuk memberi penambahbaikan dalam perkhidmatan.

    ReplyDelete
  2. saya setuju dengan pendapat di atas kerana pada zaman yang serba canggih ni semua orang perlu membangunkan pemikiran sendiri agar tidak ketinggalan.

    ReplyDelete
  3. Well said sis.. Semua dihujung jari...kita cari sumber dari luar untuk diaplikasikan di tempat kerja kita..baru ada budaya saing dan motivasi

    ReplyDelete
  4. bleh sy tahu teknologi apekah yg dimaksudkan dan contoh reka cipta?

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya juga bersetuju dengan pendapat yang diberikan. Setiap orang haruslah mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan diri agar tidak ketinggalan.

    ReplyDelete